Friday, July 18, 2008

Blogger Dalam Bahasa Melayu Baru Sahaja Dilancarkan


Berita baik kepada para pengguna Blogspot sekalian. Maklumat terkini dari Bloggerbuzz untuk maklumat "Updates and Fixes" pada 18 Julai 2008 memberitahu blogger telah tersedia dalam Bahasa Melayu. Maklumat yang sangat terkini itu yang telah saya baca pada pagi ini dan ianya adalah seperti berikut:

"Blogger is now available in Malay! Blogger has a large base of users in Malaysia and we are excited to now bring them Blogger in their native language."

Biar betul! Macam tak percaya pulak :D Bukannya apa, selama ini hanya Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf oleh Blogspot. Jadi, untuk memastikan adakah perkhidamatan tersebut memang benar-benar wujud maka saya telah cuba untuk menjadikan default bahasa saya sebagai Bahasa Melaysia. Dan hasilnya anda semua boleh lihat seperti di bawah :D



Bangga betul rasanya bila Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh Blogspot. Jika anda masih tidak tahu, Blogspot atau Blogger adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Google; sebuah syarikat enjin pencari yang terbesar dan berada pada ranking yang pertama. Impak positif daripada ini adalah amat besar kepada pengguna-pengguna Bahasa Melayu seperti kita. Untuk memudahkan kefahaman anda, biar sahaja saya senaraikan impak tersebut sekadar yang saya boleh fikirkan:

  1. Enjin carian yang lain akan menuruti jejak langkah Google dengan menyediakan perkhidmatan dalam Bahasa Melayu.
  2. Iklan serta banner akan turut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bermakna banyak lagi business untuk orang Malaysia.
  3. Secara tak langsung akan wujud perkhidmatan penterjemahan atau kamus ke dalam Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat gergasi internet.
  4. Bahasa Melayu akan diiktiraf dalam talian internet menjadikannya cepat berkembang.

Setakat ini sahaja yang dapat saya fikirkan dengan masa yang agak terbatas ini. Kalau anda ada idea atau pandangan lain silalah postkan ke dalam komen supaya kita semua boleh berkongsi maklumat.

Monday, July 14, 2008

Adblock Plus: Jimatkan Masa dan Trafik

Adakah anda bosan dengan pengiklanan serta banner yang berlebih-lebihan sehinggakan melambatkan masa proses muat-turun halaman web? Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu memasang Adblock Plus; sebuah plug-in browser yang menyokong Mozilla Firefox, Thunderbird, SeaMonkey, FLock, Songbird dan K-Meleon. Right-click pada banner atau iklan serta pilih "Adblock" daripada senarai Context Menu, dan dengan serta merta iklan tersebut tidak akan dipaparkan kembali.

Selain daripada itu, anda juga menggantikan sebahagian alamat banner atau iklan dengan simbol bintang (*) atau menggunakan "filter subscription" yang akan menyekat kebanyakan iklan biasa secara automatik.



Apa yang menariknya salah seorang menyumbang; Ahmad Zhafir telah berjaya menterjemahkan plug-in ini ke dalam Bahasa Melayu. Anda boleh rujuk di sini. Rujuk pada Single-language builds.

Setiap kemudahan adakalanya mendatangkan kebaikan kepada suatu pihak tidak kurang juga ada yang merasakan kemudahan tersebut boleh menjadi ancaman kepada mereka. Mungkin hakikatnya ada sesetengah blogger atau pengendali halaman web tidak menyukai kemudahan ini atas alasan ianya akan penyekat periuk nasi mereka; akan tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya secara positif, sekatan ini akan memperbanyakkan lagi usaha para blogger/pengendali website untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. 

Sunday, July 13, 2008

BrowserShots - Uji Website Anda Dalam Broswer Berlainan

Browsershots berfungsi sebagai enjin penjana screenshot website yang akan menjana website anda dalam bentuk imej melalui pelbagai jenis dan versi browser. Ia merupakan produk sumber terbuka online yang dimajukan oleh Johann C. Rocholl. Browsershots bekerja dengan cara menghantar alamat website anda ke dalam suatu senarai menunggu di mana beberapa komputer (remote) akan membuka alamat tersebut menerusi browser tertentu. Komputer-komputer tersebut akan merakam screenshot dalam bentuk imej dan seterusnya suatu senarai screenshot akan dipaparkan kepada anda. Berikut adalah screenshot beberapa senarai browser yang telah menjanakan blog ini ke dalam beberapa imej berasingan.


Untuk mendapatkan screenshot daripada browser yang berlainan, anda hanya perlu memasukkan alamat website anda pada kotak input "Enter your web address here:" serta memilih jenis dan versi browser yang diperlukan. Akhir sekali anda hanya perlu menekan butan submit sebelum senarai screenshot terpapar. Anda juga diberi pilihan untuk memuat-turun senarai screenshot yang telah berjaya dipaparkan. 

Mengapa Perlu Browsershots?
Browsershots amat penting terutamanya kepada web developer semasa menjalan ujian ke atas css dan html validation pada blog atau pun website. Ini kerana setiap jenis browser mempunyai spesifikasi css dan html berlainan pada enjin mereka. Oleh sebab itu, setiap pembangun/perekabentuk web perlu memastikan agar hasil kerja mereka tidak 'cacat' pada browser yang berlainan daripada apa yang mereka gunakan.

Jika anda ada sebarang masalah boleh tanyakan pada saya. Selamat mencuba!! :) :)

Friday, July 4, 2008

Praktikkan Arahan VI/VIM Secara Online Dengan Percuma

Baru-baru ini saya menghadapi kesukaran untuk membuat editing/kemaskini fail konfigurasi pada Unix Solaris kerana saya telah terbiasa menggunakan text editor nano dalam sistem operasi Linux. Kebanyakan proses kemaskini selalunya tidak dijalankan pada konsol mesin Unix dan oleh sebab itu saya tidak dapat menggunakan text editing berbentuk graphical. Berbalik pada cerita tadi, text editor nano tidak disertakan sekali dalam pemasangan asas untuk Unix Solaris saya tadi.

Di atas kesedaran tersebut saya cuba untuk kembali semula menggunakan text editor VIM; sebuah text editor bersandarkan VI editor yang kompleks tetapi sangat efisyen malah ia memang didatangkan pada setiap pemasangan/installation Unix dan Linux tidak kira jenis atau distro linux samada Ubuntu, Debian, Slackware, Solaris, Digital, BSD atau Redhat.


Untuk mempelajari serta memahirkan penggunaan VIM editor, anda perlu membuat banyak kesilapan dahulu tetapi itu tidak dibenarkan sekiranya anda melakukannya pada production server. Nahas anda kalau melakukan apa-apa konfigurasi menggunakan VIM editor jika anda tidak mahir pada server yang sedang digunakan oleh beratus-ratus pengguna.

Adakah perisian simulator dan emulator VIM Editor?

Untuk mengelakkan perkara tersebut serta memudahkan anda mempelajari VIM editor tanpa sebarang perasaan bersalah, saya telah mencari sebuah emulator sebagai bahan latihan anda. Yang menariknya ia disediakan secara atas talian/online dan boleh digunakan pada bila-bila masa 24 jam sehari secara percuma. Anda juga tidak perlu risau menggunakanna jika terbuat kesilapan kerana ia hanyalah sebuah simulator. Rujuk alamat dibawah untuk menggunakan:




Untuk menggunakan VIM anda perlula membaca sedikit sebanyak tentang VIM editor serta arahan-arahannya bukan? Dibawah ini saya telah menyediakan untuk anda beberapa cheatsheet dalam bentuk PDF yang boleh anda simpan dan pelajarinya di rumah.


Selain daripada itu saya juga menyediakan VIM editor yan boleh anda pasang pada komputer Windows dan Macintosh anda. Lumayan bukan? Dengan cara ini anda boleh meggantikan perisian notepada dengan VIM edtor. Perlu diingat, untuk menjadi seorang pakar Linux anda juga perlu ada kemahiran VIM editor seperti apa yang telah ditanyakan kepada saya dalam sessi temuduga baru-baru ini.

Rujukan
Online Source of VIM Documentation
Vim Editor For Windows
Manual for VI/VIM

Cheat Sheet
Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3
Sumber 4

Tutorial Video

Thursday, July 3, 2008

Servis Teks & URL Ringkas daripada TinyPaste

TinyPaste adalah suatu perkhidmatan yang membolehkan anda menyimpan sejumlah besar teks/karangan di dalam web dan seterusnya anda akan akan diberikan url ringkas untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

TinyPaste juga datang bersama dengan Firefox plug-in di mana anda hanya perlu highlight text dan kemudian right-click dan pilih menu TinyPaste Selected Text. Dengan serta merta anda akan diberikan url ringkas lokasi text tersebut.

Bilakah masa yang sesuai untuk gunakan Servis TinyPaste?
    1. Bila anda terlupa hendak membawa thumdrive.
    2. Bila perkhidmatan messenger down dan anda perlu menghantar maklumat kepada rakan. Hanya smskan URL ringkas tersebut kepada rakan.
    3. Anda boleh gunakan URL TinyPaste pada shoutbox blogger sebagai tambahan kepada message anda. Shoutbox kan terhad :D
    4. Simpan senarai URL serentak untuk digunakan kemudian. Di sini lah kelebihan TinyPaste berbanding perkhidmatan bookmark. Sekali sekala kecepatan lebih diperlukan daripada fungsi.
      Untuk mengetahui secara padat bagaimana anda boleh menggunakan Firefox plug-in yang datang bersama-sama dengan TinyPaste, sila lihat gambarajah serta penerangan ringkas berikut.




      Anda boleh lihat bagaimana dengan menggunakan pop-pup menu, alamat lokasi/URL akan terus diberikan kepada anda dengan hanya sekali klik.