Adakah anda bosan dengan pengiklanan serta banner yang berlebih-lebihan sehinggakan melambatkan masa proses muat-turun halaman web? Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu memasang Adblock Plus; sebuah plug-in browser yang menyokong Mozilla Firefox, Thunderbird, SeaMonkey, FLock, Songbird dan K-Meleon. Right-click pada banner atau iklan serta pilih "Adblock" daripada senarai Context Menu, dan dengan serta merta iklan tersebut tidak akan dipaparkan kembali.

Selain daripada itu, anda juga menggantikan sebahagian alamat banner atau iklan dengan simbol bintang (*) atau menggunakan "filter subscription" yang akan menyekat kebanyakan iklan biasa secara automatik.



Apa yang menariknya salah seorang menyumbang; Ahmad Zhafir telah berjaya menterjemahkan plug-in ini ke dalam Bahasa Melayu. Anda boleh rujuk di sini. Rujuk pada Single-language builds.

Setiap kemudahan adakalanya mendatangkan kebaikan kepada suatu pihak tidak kurang juga ada yang merasakan kemudahan tersebut boleh menjadi ancaman kepada mereka. Mungkin hakikatnya ada sesetengah blogger atau pengendali halaman web tidak menyukai kemudahan ini atas alasan ianya akan penyekat periuk nasi mereka; akan tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya secara positif, sekatan ini akan memperbanyakkan lagi usaha para blogger/pengendali website untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. 


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments

  1. eins  

    July 15, 2008 at 1:54 AM

    slain drpd image, adblok plus juga boleh block frame dan flash...

  2. Amin  

    July 15, 2008 at 1:58 AM

    Betul tu eins. Thans for the info.

    p/s: Ada idea tak cam na nak buang advert clicksor dari blog kita? Tak register pun dia 'menempel' juga.

Post a Comment

New Articles

Latest Comment

Tambah Duit Poket