Friday, July 18, 2008

Blogger Dalam Bahasa Melayu Baru Sahaja Dilancarkan


Berita baik kepada para pengguna Blogspot sekalian. Maklumat terkini dari Bloggerbuzz untuk maklumat "Updates and Fixes" pada 18 Julai 2008 memberitahu blogger telah tersedia dalam Bahasa Melayu. Maklumat yang sangat terkini itu yang telah saya baca pada pagi ini dan ianya adalah seperti berikut:

"Blogger is now available in Malay! Blogger has a large base of users in Malaysia and we are excited to now bring them Blogger in their native language."

Biar betul! Macam tak percaya pulak :D Bukannya apa, selama ini hanya Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf oleh Blogspot. Jadi, untuk memastikan adakah perkhidamatan tersebut memang benar-benar wujud maka saya telah cuba untuk menjadikan default bahasa saya sebagai Bahasa Melaysia. Dan hasilnya anda semua boleh lihat seperti di bawah :D



Bangga betul rasanya bila Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh Blogspot. Jika anda masih tidak tahu, Blogspot atau Blogger adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Google; sebuah syarikat enjin pencari yang terbesar dan berada pada ranking yang pertama. Impak positif daripada ini adalah amat besar kepada pengguna-pengguna Bahasa Melayu seperti kita. Untuk memudahkan kefahaman anda, biar sahaja saya senaraikan impak tersebut sekadar yang saya boleh fikirkan:

  1. Enjin carian yang lain akan menuruti jejak langkah Google dengan menyediakan perkhidmatan dalam Bahasa Melayu.
  2. Iklan serta banner akan turut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bermakna banyak lagi business untuk orang Malaysia.
  3. Secara tak langsung akan wujud perkhidmatan penterjemahan atau kamus ke dalam Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat gergasi internet.
  4. Bahasa Melayu akan diiktiraf dalam talian internet menjadikannya cepat berkembang.

Setakat ini sahaja yang dapat saya fikirkan dengan masa yang agak terbatas ini. Kalau anda ada idea atau pandangan lain silalah postkan ke dalam komen supaya kita semua boleh berkongsi maklumat.

7 comments:

  1. Hmm.. boleh berbangga jugak la.
    memang ramaipun orang Malaysia yang menggunakan Blogger.

    ReplyDelete
  2. Perasan tak ptg tadi blogger ada problem time nak login? Atau pun mmg tak de apa-apa problem since satu dua hari ni?

    ReplyDelete
  3. tu ko punyer internet ade masalah.. aku pon slalu camtu gak. bile time 7 malam ke atas je, mesti ade problem nak log in, time nk gi kat homepage pon payah.

    ReplyDelete
  4. Patut lah jadi macam tu. Sebelumnya tak pernah jadi pun macam ni. Sebab tu aku rasa pelik sikit. Anyway thanks alif90 :)

    ReplyDelete
  5. boleh laa...berbangala kita orang yg mengunakan bahasa melayu.tapi indon dulu yg duluan..

    ReplyDelete
  6. waa...tahniah blogger..cayalahh,,
    Thanks for the info..:))

    ReplyDelete
  7. memang patut pun blogger bahasa pun ada.sebab antara pengguna internet kat malaysia statik dah meningkat pada 15 juta pengguna pada tahun 2008 belum lagi pada tahun 2009..salam dari

    http://linkniaga2u.blogspot.com

    ReplyDelete