Sunday, July 13, 2008

BrowserShots - Uji Website Anda Dalam Broswer Berlainan

Browsershots berfungsi sebagai enjin penjana screenshot website yang akan menjana website anda dalam bentuk imej melalui pelbagai jenis dan versi browser. Ia merupakan produk sumber terbuka online yang dimajukan oleh Johann C. Rocholl. Browsershots bekerja dengan cara menghantar alamat website anda ke dalam suatu senarai menunggu di mana beberapa komputer (remote) akan membuka alamat tersebut menerusi browser tertentu. Komputer-komputer tersebut akan merakam screenshot dalam bentuk imej dan seterusnya suatu senarai screenshot akan dipaparkan kepada anda. Berikut adalah screenshot beberapa senarai browser yang telah menjanakan blog ini ke dalam beberapa imej berasingan.


Untuk mendapatkan screenshot daripada browser yang berlainan, anda hanya perlu memasukkan alamat website anda pada kotak input "Enter your web address here:" serta memilih jenis dan versi browser yang diperlukan. Akhir sekali anda hanya perlu menekan butan submit sebelum senarai screenshot terpapar. Anda juga diberi pilihan untuk memuat-turun senarai screenshot yang telah berjaya dipaparkan. 

Mengapa Perlu Browsershots?
Browsershots amat penting terutamanya kepada web developer semasa menjalan ujian ke atas css dan html validation pada blog atau pun website. Ini kerana setiap jenis browser mempunyai spesifikasi css dan html berlainan pada enjin mereka. Oleh sebab itu, setiap pembangun/perekabentuk web perlu memastikan agar hasil kerja mereka tidak 'cacat' pada browser yang berlainan daripada apa yang mereka gunakan.

Jika anda ada sebarang masalah boleh tanyakan pada saya. Selamat mencuba!! :) :)

4 comments:

  1. thanks 4 da good info :D

    ReplyDelete
  2. huhu.. penting jugak ni untuk aku yg selalu sakit hati dengan IE bila CSS selalu kena hack semata mata untuk memuaskan hatinya sahaja.
    Thanx bro.

    ReplyDelete
  3. Welcome bro fid and mazudi. Siapa yang biasa buat web design mahu tak mahu memang kena guna service ni. Masalah pasti jadi kalau guna IE lebih-lebih lagi version 5.5 dengan 6.0.

    ReplyDelete
  4. satu penerangan yang bagus. Aku suka benda nih.

    ReplyDelete