Saya terima satu komen daripada pengguna forum berkaitan bagaimana nak hapuskan virus Brontok dari Komputer. Virus ini berasal daripada Indonesia dan saya pernah menyaksikan komputer yang telah dijangkiti virus ini telah menghalang penggunanya membuka Registry Editor. Komputer yang telah dijangkiti virus Brontok akan mengeluarkan error message seperti: "Unable to locate the file "Kesenjangan Sosial.exe" atau seumpamanya apabila komputer dibuka.

Ada dua (2) langkah mudah bagaimana untuk menghapuksan Virus Brontok. Langkah yang pertama adalah dengan cara gunakan virus scanner yang paling latest untuk mengesan seterusnya memastikan virus ini berada dalam sistem anda. Anda boleh gunakan ClamWin; sebuah antivirus sumber terbuka yang mempunya enjin pengesan yang terkini. Untuk mendapatkan ClamWin anda boleh download secara PERCUMA di sini.


Langkah kedua ialah dengan cara menggunakan virus remover yang khusus untuk membuang virus Brontok ini. Di bawah ini saya senaraikan virus remover percuma yang memudahkan anda menghapuskan virus Brontok dari sistem.

1. CompactbyteAV
2. GData Anti…Worm
3. Sophos BRONTGUI
4. Kaspersky Brontok Removal Tool
5. BitDefender Brontok Removal Tool
6. Brontok Washer(Paling Efektif pada Brontok Virus)
7. OgAV

Anda boleh memilih untuk menggunaka salah satu daripada virus remover tersebut. Jika ada masa, anda boleh menggunakan kesemua virus remover ini tetapi cuma tidak menggunakannya secara serentak.

Brontok Washer; salah semua virus remover yang effektif khas untuk Brontok telah dikemas kini. Pastikan anda meggunakan Brontok Washer di dalam mod "Windows Safe Mode".


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments

  1. titan  

    July 14, 2008 at 10:35 PM

    ehm..aku memang tak suka benda nih. virus tu memang menyusahkan..

  2. Shahdan  

    October 13, 2008 at 4:05 AM

    Salam...
    virus memang menyusahkan, sebab tu sekarang ni aku tengah belajar-belajar guna GNU/Linux OS. Tengah belajar guna CentOS.
    Bercakap pasal virus ni, aku ada buat ebook pasal buang virus tanpa guna perisian antivirus. Boleh download dari file hosting yang saya gunakan ni http://rudinshah.fileave.com/ebookmelayu/.
    Sebar-sebarkanlah ye...
    Salam Sumber Terbuka dari saya, Shahdan..

Post a Comment

New Articles

Latest Comment

Tambah Duit Poket