Friday, June 27, 2008

Scan Attachment Secara Online Dgn Virus.org

Jika anda menerima attachment dan agak ragu-ragu untuk membukanya kerana merasakan perisian Antivirus yang ada agak kurang berkesan atau virus database anda masih tidak dikemaskini lagi, anda tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan yang menyediakan antivirus scanning secara percuma di internet secara online.



Anda hanya perlu upload fail tersebut ke dalam http://scanner.virus.org dan file tersebut akan discan setelah menekan butang yang disediakan. Apa yang menariknya, terdapat perlbagai scanner perisian komersial yang menjadi sebahagian daripada enjin scanner tersebut. Sila rujuk langkah berikut jika ingin scan attachment anda secara online.



Di sini saya sediakan tutorial lengkap langkah demi langkah bagaimana untuk scan attachment anda dengan menggunakan service virus.org.





Langkah 1:

Buka alamat http://scanner.virus.org dengan menggunakan internet browser. Dalam halaman tersebut anda akan jumpa satu medan/field lokasi fail, butang berlabel browse beserta dengan butang yang berlabel upload. Rujuk ilustrasi di bawah:








Langkah 2:

Klik pada butang browse, anda boleh memilih fail yang attachment yang diragui tahap keselamatannya. Anda boleh memilih fail dengan menggunakan mouse klik atau highlight pada fail dan klik pada butang open. Sila rujuk ilustrasi di bawah:





Langkah 3:

Setelah fail dipilih, medan lokasi akan diisi dengan lokasi fail secara automatik. Setelah itu anda hanya perlu menekan butang upload untuk meneruskan proses terakhir iaitu proses scan.






Langkah 4:

Ilustrasi di bawah menunjukkan proses sedang berjalan. Proses akan mengambil masa. Sila tunggu beberapa minit sehingga proses tamat.








Keputusan:

Keputusan serta hasil daripada proses scan akan dipaparkan dalam bentul laporan. Laporan tersebut mengandungi jenis produk scanner, versi scanner, enjin scanner, keputusan serta masa. Jika rujuk ilustrasi di bawah:








Di bawah ini saya senaraikan enjin antivirus yang digunakan:

  • A-Squared
  • Arcavir
  • avast!
  • AVG Anti Virus
  • Avira AntiVir
  • BitDefender
  • CA eTrust
  • CAT QuickHeal
  • ClamAV
  • CPSecure
  • Dr. Web
  • F-PROT
  • F-PROT 6
  • F-Secure
  • Kaspersky
  • McAfee Virusscan
  • Norman Virus Control
  • Panda
  • Sophos Sweep
  • Trend Micro
  • VBA32
  • VirusBuster 2005

No comments:

Post a Comment