Tuesday, June 17, 2008

Cara Mudah Archive Fail Menggunakan 7-zip (Asas I)




Saya akan tunjukkan empat (4) langkah mudah untuk archive/zip/compress beberapa file ke dalam satu file zip dengan penggunakan perisan 7-zip. Perlu dingatkan, saya buat tutorial ini untuk mereka yang masih menggunakan Winzip dengan harapan mereka berubah. Untuk mereka yang masih takut-takut untuk menggunakan utiliti "file archiver" diharap anda mencuba dan saya jamin anda akan faham dalam masa tak sampai 10 minit.




Caranya cukup mudah malah saya telah bersusah payah menyediakan screen movie supaya anda lebih memahami tutorial saya. Masih tak percaya? Kalau anda tak percaya, sila rujuk langkah-langkah berikut:








Langkah 1. Memilih Fail

Pilih fail-fail yang anda ingin archive. Untuk memilih fail, anda perlu lah klik mouse/tetikus sambil menekan butang Ctrl pada setiap fail.







Langkah 2. Proses Archive

Klik butang kanan mouse/tetikus anda dan pull down menu akan terpapar. Sila klik pada menu 7-zip > Add to archive.







Langkah 3. Memilh Opsyen Archive 7-zip

Pilih opsyen yang bersesuaian. Untuk tutorial ini saya memilih zip sebagai format fail. Sila rujuk video tutorial di bawah untuk keterangan lanjut







Langkah 4. Uji Fail Archive

Fail yang telah diarchive boleh diuji dengan dua cara. Cara pertama ialah dengan menguji menggunakan fungsi built-in format zip pada Sistem Pengoperasian Window dan cara yang kedua ialah dengan menggunakan perisian 7-zip. Sila rujuk video tutorial.







Seterusnya adalah screenshot movie yang saya hasilkan khas untuk anda semua. Minta maaf kalau tak berapa menarik ye sebab ini percubaan saya yang pertama :)

No comments:

Post a Comment