Saturday, April 24, 2010

Permainan Komputer Mesra Bayi dan Kanak-Kanak


Semasa menggunakan notebook, berapa ramai di antara kita yang akan cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak jika mereka ingin sama berkongsi menggunakannya? Saya pasti jawapannya semestinya tiada kerana menurut pendapat saya majoriti daripada kita semua akan membawa 'lari' notebook tersebut ke tempat lain yang lebih selamat :)

Bagaimana pula jika ianya bukan notebook tetapi sebuah desktop? Apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita menutup aplikasi yang sedang kita gunakan atau pun dalam kedaan yang tergesa-gesa kita terus menutup sahaja komputer tersebut?

Masalah 'negara' ini sudah lama saya alami tapi tiada penyelesaian sehinggakan saya tercari-cari akan kaedah yang sesuai untuk menghalang bayi serta anak-naka kecil daripada mendekati komputer yang sedang digunakan. Tatapi kebanyakan kita tidak sedar keburukan menghalanag anak-anak kecil ini akan menyebabkan kreativiti mereka terbantut serta menyebabkan pemikiran mereka terganggu dalam jangka waktu yang panjang kesan daripada tindakan kita menghalang mereka berkongsi 'minat' mereka bersama kita.



Pencarian saya yang panjang menemukan saya kepada sebuah aplikasi yang sangat mesra bayi dan kanak-kanak. Diantara kelebihan aplikasi ini adalah seperti berikut:

* Bayi/kanak-kanak boleh memukul atau menekan sebarang butang di atas papan kekunci
* Huruf, bentuk serta nombor akan terpapar pada screen
* Bayi/kanak-kanak akan merasa lebih gembira
* Komputer serta applikasi yang sedang anda gunakan dijamin selamat
* Fungsi terbaru akan sentiasa ditambah dari masa ke semasa


Secara umumnya apabila anak kecil memukul dan menekan papan kekunci, warna, bentuk, huruf serta nombor-nombor tertentu akan terpapar pada screen dalam cara yang menarik perhatian mereka. Aplikasi ini akan mengunci kekunci pada keyboard termasuk termasuk kekunci Ctrl-Esc dan Alt-Tab supaya mereka tidak dapat keluar terus daripada screen tersebut.


Bercerita tentang aplikasi ini membuatkan saya hampir-hampir terlupa untuk memperkenalkan namanya. Aplikasi ini dinamakan sebagai BabySmash!. Yang menariknya ia diberikan secara percuma termasuklah bersama-sama dengan source code. Ini menjadikan perisian ini sebagai perisian sumber terbuka secara tak langsung. Saksikan video menarik seorang kanak-kanak menggunakan aplikasi BabySmash! di bawah.


2 comments:

  1. wah...menarik ni.budak2 skang dah pandai IT ni.

    ReplyDelete
  2. Budak sekarang dah pandai IT sebab mereka tiru apa yang parents buat. Memang seronok tengok budak-budak minat main dengan komputer

    ReplyDelete