Berita baik kepada semua. Tahukah anda bahawa perisian 7-zip boleh memampatkan (compress) saiz fail sebesar 1 GB kepada hanya beberapa ratus KB sahaja. Pengalaman ini berlaku sewaktu saya hendak menghantar lampiran (attachment) dalam bentuk format video AVI kepada rakan. Lampiran tersebut agak besar menghampiri saiz 1 Gygabyte tetapi anehnya saya boleh mampatkan menjadi 227 Kilobytes sahaja!!! Sungguh menakjubkan dan sangat berfungsi apabila diperlukan. Bagaimanakah cara dan rahsianya?
Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia pun. Hanya mampatkan serta arkibkan (archive) dalam format 7z; iaitu format asas 7-zip (default) serta ubahsuai opsyen-opsyen tertentu. Sila lihat ilustrasi di bawah dan ikuti opsyen-opsyen ringkas berikut.
Rujukan:



Amirul Zharfan
July 25, 2008 6:47 AM
Tak tau pulak 7zip boleh buat macamtuh... Ingatker KGB Achiever yang boleh compress jafdik kecik.... Thanks
Amin
July 25, 2008 5:53 PM
Jika amirul boleh buat perbanding, compression yang paling tinggi rationya ialah format 7z (7zip). Kalau nak lagi hebat boleh jadikan 7z sebagai compression engine pada format TAR (Biasa digunakan dalam Linux). Pasti lagi kecil saiz fail tu.
razifembi
July 26, 2008 12:56 PM
xsangka...mmg berita baik ...tq
Amin
July 26, 2008 9:00 PM
RazifEmbi pernah gunakan 7zip sebelum ni? Ada satu lagi berita baik :) Saya dpat compress fail database backup dari beberapa Gygabytes kepada beberapa ratus Megabyte. Selamat! Dapat gak burn ke dalam CD.
EiNS
August 3, 2008 5:43 PM
lama x nk compress file gbs jd kecik nih?
klau kgb archiver mmg boleh compress jd gila2 kecik pnya size tp nak extract balik ambil masa berjam2 aa...
Amin
August 5, 2008 8:03 AM
sekejap je eins. paling lama pun 15 mins bergantung pd processor CPU.
kaizen
August 6, 2008 4:12 AM
aku dh lama gak r guna 7zip ni.tapi x tahu pulak dia boleh mampat yg besar tu.ada setting ke amin?
Amin
August 6, 2008 9:18 AM
Bro kaizen. Settingnya seperti gambarajah yang saya sertakan tu. Untuk makluman semua, banyak dah file backup database yang besar-besar saya compresskan dengan cara ni. Yang paling besar dekat-dekat 2 GB saya manage untuk compress jadi 200 MB.
littleoggy
August 10, 2008 4:02 AM
aku buat tak jadi pun..siza tetap sama.
Amin
August 10, 2008 7:54 AM
Fail jenis apa yang littleoggy compress? Bak mai sini saya try.
RENDAH DIRI
August 18, 2008 11:16 PM
dah try ikut screenshot tu step by step..tapi takdelah kecik sangat. file video avi saiz 22MB jadi 20MB.. bole la tu jimat 2MB...
bro30
October 4, 2008 11:48 AM
betul ke boleh ni ???
cuba beri penerangan dengan lebih jelas...
http://forum.bro30.com/
chino
October 21, 2008 11:49 PM
7zip version mn yg power?
Luvleey
December 16, 2008 5:17 PM
baru tahu, memang sesuai untuk video2 avi ku nanti
fuzang
April 7, 2009 9:07 PM
Bagus ni, tapi utuk file avi sajer ker?
Amin
April 25, 2009 11:56 PM
Semua jenis fail pun boleh. Sebaiknya-baiknya fail format text atau pun document sebab nisbah compression lagi besar berbanding format gambar & video