Monday, June 16, 2008

Gantikan Perisian Winzip Anda Dengan 7-zip

Sebagai pengenalan, perisian sumber terbuka yang yang perlu diberi perhatian adalah 7-zip. 7-zip dipaten di bawah lesen GPL. 7-zip secara umumnya boleh dikategorikan sebagai "file archiver". Ia berfungsi untuk menyimpan seberapa banyak file ke dalam satu file dalam format 7z. Persoalan penting ialah mengapa anda perlu bertukar kepada 7-zip? Apakah kelebihan 7-zip berbanding yang lain?



Tidak seperti utiliti lain, 7-zip diberikan secara percuma!! Secara umumnya 7-zip memiliki empat fungsi utama iaitu untuk "archive", "compress", "membuka" dan "decompress". Fungsi archive yang dimaksud di sini adalah menyimpan seberapa banyak fail menjadi satu file yang. Fungsi compress pula adalah untuk mengecilkan ukuran file dengan mengubah ratio file menjadi lebih efisien. Kedua-dua fungsi ini biasanya digabungkan menjadi satu sehingga sehingga keseluruhan file tersebut menjadi lebih kecil. Fungsi extract dan decompress merupakan proses fail kembali ke asal sebagaimana biasa manakala fungsi decompress pula akan mengubah file compress menjadi kod normal. Kedua-dua fungsi ini kebiassaannya akan berfungsi secara serentak. Selain itu 7-zip juga menyediakan fungsi security untuk fail daripada di buka oleh pengguna lain dengan menggunakan password.

7-zip mempunyai banyak Kelebihan berbanding Winzip. Salah satu kelebihan yang paling ketara ialah ia diberikan secara percuma dan dibenarkan untuk diguna secara komersial merujuk kepada lesen GPL. Ini bermakna anda boleh menggunakan perisian ini di pejabat! Selain itu, format 7z yang digunakan oleh 7-zip mempunyai 30-70% "compression ratio" berbanding lain-lain format manakala dengan menggunakan format zip "compression ratio" adalah lebih 2-10% berbanding dengan utiliti Winzip dan PKZip.

Untuk mendownload sila rujuk ke alamat web berikut : http://www.7-zip.org.

Jika ada apa-apa masalah boleh bertanya kepada saya melalui ruangan komen. Saya akan cuba membantu. Selamat mencuba!!!.

No comments:

Post a Comment