Sunday, May 2, 2010

Paparkan Senarai Direktori/Folder Dalam Linux dan UNIX

Post kali ini adalah untuk pengguna-pengguna Linux mahupun UNIX yang biasa menggunakan arahan paparan senrai file iaitu command "ls". Semua pengguna Linux menggunakannya setiap hari tak kira yang baru belajar mahupun yang dah "otai". 

Tapi adakah anda tau apakah command/arahan untuk memaparkan hanya senarai direktori/folder dalam Linux? Adakah arahannya sama atau berbeza sama sekali? Kita pasti tercari-cari bagaimana kerana kita jarang fikirkan tentang hal tersebut. 

Jangan khuatir. Di bawah ini saya akan paparkan beberapa set arahan alternatif untuk mendapatkan paparan direktori/folder. 

Command yang pertama adalah:

$ls -p | grep "/"

Selain daripada itu kita juga boleh menggunakan command yang berikutnya:

$ls -d */

atau;

$ls -l | grep ^d

Cukup tak? :-) Saya ada banyak lagi command alternative ni. Kalau masih tak berapa cukup sila beritahu melalui comment form di bawah.

Saturday, April 24, 2010

Permainan Komputer Mesra Bayi dan Kanak-Kanak


Semasa menggunakan notebook, berapa ramai di antara kita yang akan cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak jika mereka ingin sama berkongsi menggunakannya? Saya pasti jawapannya semestinya tiada kerana menurut pendapat saya majoriti daripada kita semua akan membawa 'lari' notebook tersebut ke tempat lain yang lebih selamat :)

Bagaimana pula jika ianya bukan notebook tetapi sebuah desktop? Apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita menutup aplikasi yang sedang kita gunakan atau pun dalam kedaan yang tergesa-gesa kita terus menutup sahaja komputer tersebut?

Masalah 'negara' ini sudah lama saya alami tapi tiada penyelesaian sehinggakan saya tercari-cari akan kaedah yang sesuai untuk menghalang bayi serta anak-naka kecil daripada mendekati komputer yang sedang digunakan. Tatapi kebanyakan kita tidak sedar keburukan menghalanag anak-anak kecil ini akan menyebabkan kreativiti mereka terbantut serta menyebabkan pemikiran mereka terganggu dalam jangka waktu yang panjang kesan daripada tindakan kita menghalang mereka berkongsi 'minat' mereka bersama kita.



Pencarian saya yang panjang menemukan saya kepada sebuah aplikasi yang sangat mesra bayi dan kanak-kanak. Diantara kelebihan aplikasi ini adalah seperti berikut:

* Bayi/kanak-kanak boleh memukul atau menekan sebarang butang di atas papan kekunci
* Huruf, bentuk serta nombor akan terpapar pada screen
* Bayi/kanak-kanak akan merasa lebih gembira
* Komputer serta applikasi yang sedang anda gunakan dijamin selamat
* Fungsi terbaru akan sentiasa ditambah dari masa ke semasa


Secara umumnya apabila anak kecil memukul dan menekan papan kekunci, warna, bentuk, huruf serta nombor-nombor tertentu akan terpapar pada screen dalam cara yang menarik perhatian mereka. Aplikasi ini akan mengunci kekunci pada keyboard termasuk termasuk kekunci Ctrl-Esc dan Alt-Tab supaya mereka tidak dapat keluar terus daripada screen tersebut.


Bercerita tentang aplikasi ini membuatkan saya hampir-hampir terlupa untuk memperkenalkan namanya. Aplikasi ini dinamakan sebagai BabySmash!. Yang menariknya ia diberikan secara percuma termasuklah bersama-sama dengan source code. Ini menjadikan perisian ini sebagai perisian sumber terbuka secara tak langsung. Saksikan video menarik seorang kanak-kanak menggunakan aplikasi BabySmash! di bawah.


Monday, July 6, 2009

CDBurnerXP & Infra Recorder: CD/DVD Burner Percuma Untuk Komputer Anda


Pernahkah anda sedar kehilangan perisian OEM perkakasan CD/DVD (burner) ketika anda bercadang untuk memasangnya setiap kali anda selesai memformat komputer/notebook? Perisan OEM CD/DVR Burner yang biasa didatangkan sekali dengan perkakasan CD/DVD adalah seperti Nero, Roxio, Easy Media Creator dan sebagainya. Anda pasti frust bukan? Bukan senang nak dapatkan CD yang sama semula.

Selepas ini anda tak perlu risau lagi kerana anda boleh gunakan perisan ..CDBurnerXP dan InfraRecoder secara percuma. Anda hanya perlu download, pasang dan gunakan sama seperti perisian-perisan yang lain. Tak perlu bayar untuk lesen dan tak ada tarikh tamat. Senang bukan? Kalau tak percaya cuba pasang sendiri.



Secara peribadi saya lebih senang menggunakan CDBurnerXP walaupun ianya bukan open source kerana kualiti yang apa pada aplikasi tersebut setanding dengan aplikasi berbayar yang lain. Saya sendiri banyak menggunakan applikasi ini untuk burn file iso linux ke dalam CD.

Thursday, July 24, 2008

7-zip Mampatkan Serta Kecilkan Saiz Format Fail AVI dari 924 MB Kepada 227 KB

Berita baik kepada semua. Tahukah anda bahawa perisian 7-zip boleh memampatkan (compress) saiz fail sebesar 1 GB kepada hanya beberapa ratus KB sahaja. Pengalaman ini berlaku sewaktu saya hendak menghantar lampiran (attachment) dalam bentuk format video AVI kepada rakan. Lampiran tersebut agak besar menghampiri saiz 1 Gygabyte tetapi anehnya saya boleh mampatkan menjadi 227 Kilobytes sahaja!!! Sungguh menakjubkan dan sangat berfungsi apabila diperlukan. Bagaimanakah cara dan rahsianya?

Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia pun. Hanya mampatkan serta arkibkan (archive) dalam format 7z; iaitu format asas 7-zip (default) serta ubahsuai opsyen-opsyen tertentu. Sila lihat ilustrasi di bawah dan ikuti opsyen-opsyen ringkas berikut.

 
Rujukan:
 

Monday, July 21, 2008

Backup Database MySQL Menggunakan Mysqldump Dalam Server Linux

Defini backup secara umumnya adalah "menyalin maklumat atau data supaya salinan tersebut boleh digunakan semula jika terjadinya peristiwa kehilangan data". Salinan pendua maklumat tersebut biasanya disebut sebagai backup.

Proses backup adalah amat penting sekali terutamannya jika sesuatu perisian, sistem atau portal yang anda bangunkan menghadapi masalah yag berkaitan dengan perancangan, integriti rekod, keselamatan dan sebagainya. Di antara sebab-sebab khusus mengapa proses backup perlu dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Menyelaraskan kandungan rekod di antara dua database yang berlainan lokasi.
  2. Perisian, sistem atau portal diserang oleh penjenayah.
  3. Komponen database seperti table serta rekod rosak (corup) akibat masalah teknikal.
  4. Kegagalan perkakasan server berfungsi dengan baik.
  5. Prosedur backup yang dijalankan oleh sesebuah Organisasi.
  6. Prosedur pemulihan bencana (disaster recovery) yang diselaraskan oleh Organisasi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain mengapa process backup perlu dilakukan dan jikalau anda mempunya pandangan atau idea yang pastinya bernas, silalah kemukakan pandangan anda melalui ruangan komen di bawah okay? :)

Bagaimanakah caranya untuk melakukan backup dengan Mysqldump?

Perlu diingatkan bahawa tips ini dikhususkan untuk pengguna Linux sahaja. Walau bagaimana pun, pengguna-pengguna Windows masih boleh menggunakan arahan-arahan yang dipaparkan dengan membuat sedikit sebanyak pengubahsuaian berdasarkan sistem pengoperasian tersebut.

Langkah Pertama : Login ke dalam sistem

Login ke dalam sistem operasi linux anda sebagai super user (root salah satunya) ataupun user yang telah didaftar khusus sebagai pentadbir database mysql anda. Sila rujuk ilustrasi atau pun movie di bawah:



Langkah Kedua : Pastikan shell yang betul

Pastikan default login anda menggunakan Bourne (Bash) unix/linux shell. Untuk memastikan shell yang sedang diguna, anda boleh gunakan arahan seperti di bawah. Oleh kerana arahan di bawah mempunyai perincian  yang tersendiri,  saya mengalukan anda semua untuk  membaca maklumat selanjutnya di dalam  posting akan datang yang bertajuk  "Memastikan Jenis Shell Linux/Unix Pada Terminal Konsol".

$echo $SHELL

-atau-

$ps -p $$

Jika anda dapati shell yang dipaparkan selain daripada Bash maka seterusnya anda perlu taipkan arahan dibawah. Peringatan: Adalah tidak menjadi apa-apa kesalahan jika anda mengguna selain daripada GNU Bourne-Again SHell  (Bash) akan tetapi Bourne shell sangat diperlukan untuk mengedit arahan pada konsol.


$bash

Langkah Ketiga: Larikan (run) arahan Mysqldump

mysqldump --host [nama host] --user [login anda] --password=[password anda] --datase [nama database] > [lokasi]/[nama database].sql

Contoh:

1. $mysqldump --host localhost --user root --password=root --database dblocal > /dblocal.sql

2. $mysqldump -h localhost -u root -p dblocal > dblocal.sql

3. $mysqldump --host localhost --user root --password=root --database dblocal > /dblocal_`date +%Y%m%d`.sql

Penjelasan contoh di atas:

Rujukan:
http://www.mysql.com